fbpx

25 PATI kempunan masuk Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 25 PATI yang berjaya ditahan menerusi Ops Benteng di sekitar persisiran Pantai Sedeli Kecil pada 7 dan 8 Jun.

PETALING JAYA -Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di beberapa lokasi di sekitar kawasan Pantai Sedeli Kecil, Kota Tinggi, Johor menerusi pelaksanaan Ops Benteng di kawasan tersebut pada 7 dan 8 Jun lalu.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) menerusi satu kenyataan berkata, tangkapan pertama melibatkan seramai 17 PATI pada 7 Jun lalu selepas pasukan rondaan mengesan pergerakan sekumpulan individu yang mencurigakan di persisir Pantai Sedeli Kecil.

“Pasukan telah mengatur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) lalu berjaya menahan seramai 17 orang PATI menerusi serbuan pukul 6.20 petang dan hasil penjejakan dilakukan telah berjaya menangkap dua lagi PATI kira-kira pukul 8.50 malam di kawasan hutan berhampiran.

“Pada pukul 3 pagi keesokan harinya, seorang lagi PATI telah berjaya ditahan dan pada pukul 5.15 pagi selepas menerima maklumat daripada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan anggota Pos Pemerhati yang mengesan pergerakan sebuah bot mencurigakan menghampiri pesisir Pantai Hotel Emerald, Kampungg Punggai,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, susulan maklumat yang diterima, Tim QRF telah melakukan serbuan pada pukul 5.45 pagi dan telah berjaya menangkap lima orang PATI namun bot yang digunakan telah berpatah balik.

“Jumlah keseluruhan PATI ditahan adalah seramai 25 orang warga Indonesia yang terdiri daripada 16 lelaki dan sembilan wanita berusia 21 hingga 46 tahun yang dipercayai baru tiba ke negara ini melalui jalan tidak sah.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM12,606.51 melibatkan wang tunai matawang tempatan, matawang Indonesia, beberapa unit telefon bimbit serta barangan kemas,” katanya.

Jelas kenyataan itu, kesemua PATI yang ditahan seterusnya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Sungai Rengit sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia Setia Tropika, Kempas.

“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan pasukan meneruskan atur gerak Tim QRF bagi menjejak kemungkinan terdapat sakit baki PATI di sekitar kawasan tangkapan,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI