fbpx

TLDM usir, tahan bot nelayan Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
21 awak-awak Vietnam berumur 20 hingga 32 tahun itu dikesan menangkap ikan di kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang.

LUMUT – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam dan mengusir beberapa bot lain yang dikesan menceroboh Zon Maritim Malaysia di Laut China Selatan petang semalam.

Bot membawa 21 awak-awak Vietnam berumur 20 hingga 32 tahun itu dikesan menangkap ikan di kedudukan kira-kira 60 batu nautika dari Pangkalan TLDM Kuantan, Pahang.

Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat TLDM Lumut di sini malam ini, pada mulanya beberapa bot nelayan asing dikesan melalui radar KD Lekiu sebelum dua bot tempur laju (FCB) dari Markas Wilayah Laut 1 digerakkan ke lokasi kejadian.

“Dua FCB yang membawa pasukan tindak cepat (QRT) berjaya mengusir semua bot yang dikesan itu dan sebuah daripadanya ditahan.

“Mereka didapati menangkap ikan secara haram, tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan tiada permit menangkap ikan yang sah. Nilai rampasan keseluruhan kira-kira RM1.2 juta,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, penangkapan itu membuktikan keupayaan FCB yang baru dimiliki TLDM dalam memerangi ancaman di perairan negara.

FCB yang dibina oleh syarikat tempatan dalam tempoh lima bulan di sini dilengkapi dengan beberapa kriteria penting sebuah bot pemintas seperti sistem dorongan ‘water jet’ yang mampu mencapai kelajuan sehingga 50 knot dan sistem pengesanan yang canggih. – K ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI