fbpx

Tiga wanita warga asing diberkas tawar pensundalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek termasuk seorang wanita yang ditahan terlibat aktiviti pensundalan di Jalan Meru Batu 5, Klang

KLANG – Kegiatan tiga wanita warga asing mencari duit segera menerusi aktiviti pensundalan sejak tiga bulan lalu berakhir apabila ditangkap dalam dua serbuan berasingan, baru-baru ini.

Mereka terdiri dua warga Vietnam dan seorang warga Bangladesh. Turut ditahan adalah dua lelaki rakan senegara dan serumah kepada wanita Bangladesh itu.

Kesemua mereka berusia 19 dan 30 tahun itu diberkas pada 21 Mei dan 5 Jun lalu di Jalan Meru Batu 5 dan Jalan Pekan Baru 36.

Ketua Polis Daerah Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati modus operandi mereka adalah mencari pelanggan sendiri dengan menjemput ke rumah.

Katanya, terdapat juga menggunakan aplikasi WeChat dalam mengelakkan aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa.

“Sasaran mereka adalah warga asing dengan bayaran dikenakan antara RM50 hingga RM150.

“Turut dirampas dalam dua serbuan itu adalah kondom, minyak pelincir, buku catitan dan wang tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 16 Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan
Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1956.

“Tiga suspek warga Bangladesh telah dituduh pada 3 Jun lalu mengikut Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen diri dan tinggal lebih masa.

“Dua lagi suspek warga Vietnam direman 14 hari dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI