fbpx

Slot janji temu rawatan gigi KKM dihadkan susulan Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Slot janji temu bagi rawatan pergigian di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu hari bekerja adalah sangat terhad dalam situasi penularan penyakit Covid-19 yang semakin serius.

Ia berikutan KKM telah mengamalkan beberapa norma baharu dalam penyampaian perkhidmatan pergigian selari dengan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, Dr. Noormi Othman menjelaskan perkara tersebut berkata, ini termasuk proses saringan di kaunter pendaftaran yang lebih ketat.

“Selain itu, mengehadkan kehadiran pesakit ke klinik dengan menggalakkan pengambilan janji temu secara dalam talian atau melalui telefon dan memberi janji temu secara berperingkat.

“Tempoh pembasmian bilik rawatan pergigian setelah rawatan selesai untuk setiap pesakit juga dipanjangkan bagi memastikan persekitaran yang selamat, seterusnya mengawal penularan penyakit Covid-19 kepada pesakit dan juga anggota pergigian,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan dikemukakan oleh pengadu perlu menunggu sehingga enam bulan bagi mendapatkan rawatan pergigian di fasiliti kesihatan KKM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI