fbpx

Perbezaan pendapat punca Conte tinggalkan Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE dilaporkan tidak bersetuju dengan polisi perpindahan pemain Inter menyebabkan beliau meninggalkan pasukan itu. - AFP

MILAN – Presiden Inter Milan, Steven Zhang akhirnya membuka mulut berhubung keputusan melepaskan jurulatih, Antonio Conte meskipun beliau berjaya membantu pasukan itu memenangi Serie A musim ini.

Conte melakukan tugas de­ngan cemerlang bagi membantu pasukan itu memenangi kejua­raan liga pertama mereka selepas kali terakhir melakukannya 11 tahun lalu.

Kata Zhang, perbezaan pendapat antara pengurusan kelab dan Conte telah memaksa bekas pengurus Chelsea itu mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan San Siro.

“Memang dari dahulu lagi kami berpendapat Conte adalah calon paling sesuai untuk projek pasukan ini. Kami sudah melabur banyak untuk beliau dalam tempoh dua tahun.

“Bagaimanapun, pandemik Covid-19 yang melanda menjejaskan pendapatan sehingga menyebabkan perbelanjaan pasukan turut terganggu. Oleh itu, kami perlu cari jalan penyelesaian untuk kurangkan perbelanjaan,” katanya.

Cadangan pasukan untuk melepaskan beberapa pemain utama pada jendela perpindahan musim panas nyata tidak disenangi Conte yang kemudiannya memilih haluan sendiri.

“Saya akui Conte adalah seorang jurulatih yang berpengalaman serta hebat. Bagai­ma­napun, sebagai presiden, saya perlu cari jalan untuk selamatkan pasukan juga,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI