fbpx

Lelaki maut langgar konkrit plaza tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan mangsa yang melanggar konkrit Plaza Tol Setia Alam.

SHAH ALAM – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh batu konkrit pembahagi Plaza Tol Setia Alam, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang, Chew Teck Chan, 34, meninggal dunia lokasi kejadian selepas tersepit dalam kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu kenderaan jenis Honda City dalam perjalanan ke Shah Alam dari Setia Alam.

“Mangsa dikatakan telah hilang kawalan dan merempuh batu konkrit pembahagi tol di sebelah kiri.

“Impak kejadian itu, mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan pihak bomba serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Baharudin, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Hanif Sukri di talian 0148066744,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI