fbpx

JKNK cadang tambah 21 program Outreach Vaksinasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (kanan) ketika mengadakan lawatan ke program Outreach Vaksinasi Covid-19 di Masjid Mukim Banggol, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) bercadang untuk menambah sebanyak 21 program Outreach Vaksinasi Covid-19 di negeri ini sebagai langkah untuk membolehkan masyarakat menerima suntikan vaksin Covid-19 secepat mungkin.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, setakat ini, JKNK telah menjalankan 10 program itu di sekitar Kuala Krai, Jeli, Kota Bharu dan Pasir Mas.

Katanya, berdasarkan program yang telah dijalankan, seramai 700 orang penduduk di kawasan tertentu menerima suntikan dalam tempoh tiga hari ia dijalankan.

“Bilangan penerima vaksin dalam program itu sentiasa berubah. Ia dijalankan perlu perbincangan dengan Ketua Jajahan dan Penggawa di kawasan tertentu kerana mereka yang akan memastikan lokaliti yang sesuai untuk program itu.

“Berdasarkan rekod, seramai 10,000 rakyat Kelantan menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan program ini dalam sehari,” katanya ketika melawat progam tersebut di Masjid Mukim Kampung Banggol di sini hari ini.

Menurut Zaini, dalam usaha untuk memastikan program itu berjalan lancar, JKNK bekerjasama dengan pelbagai agensi di Kelantan seperti Majlis Agama dan Adat Istiadat Kelantan (Maik) dan Pejabat Tanah dan Jajahan.

Katanya, meskipun program Outreach Vaksinasi Covid-19 dijalankan di masjid, ia juga terbuka kepada golongan bukan Islam untuk menerima suntikan vaksin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI