fbpx

‘Fokus yang nak vaksin dahulu, anti vaksin kita urus kemudian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (berbaju kemeja biru) melawat PPV sambil diberi penerangan oleh Dr. Noorfaraheen Md. Sani (dua kanan) sempena Program Iminisasi Covid-19 Kebangsaan Negeri Johor di PPV Mega Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tumpuan utama kerajaan pada ketika ini adalah mempercepatkan
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang mensasarkan lebih ramai penerima dalam masa terdekat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin berkata, masih ramai lagi rakyat di negara ini yang hendak mendapatkan vaksin namun masih belum lagi dapat diberikan suntikan itu hingga hari ini.

“Kita akan berikan tumpuan kepada mereka yang hendak dapatkan vaksin Covid-19 dahulu, selepas itu barulah kita ‘tackle’ yang antivaksin ini.

“Ada ramai yang nak vaksin Covid-19 tapi belum lagi dapat diberikan suntikan vaksin. Jadi, kita selesaikan dulu yang nak vaksin ini selepas itu barulah kita tangani yang enggan terima vaksin,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika melawat situasi PPV di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI