fbpx

Fasha Sandha sebak Elisya Sandha semakin dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA meluahkan rasa sedih melihat adik kesayangannya Elisya kini sudah membesar menjadi seorang wanita matang.

PETALING JAYA – Aktres jelita Fasha Sandha meluahkan rasa sebak dan terharu mengenangkan adik kesayangannya yang juga pelakon Elisya Sandha kini telah menjadi gadis dewasa dan semakin matang.

Menerusi satu hantaran berupa luahan hati, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berharap jika diberi peluang, dia mahu Elisya kekal menjadi kanak-kanak yang akan sentiasa mengekorinya ke mana sahaja dia pergi.

“Andai dapatku undurkan putaran dunia, saya mahu anak kecil comel ini selalu mengekori saya ke mana sahaja, dengar kata dan tidak pandai melawan cakap.

“Tapi apakan daya, dia kini telah berusia 22 tahun. Saya perlu menerima fakta bahawa dia kini telah memiliki kehidupan sendiri dan akan buat keputusan sendiri walaupun angah (Fasha) bantah,” ujarnya.

Dalam hantaran tersebut, Fasha turut memberitahu bahawa dia bukanlah kakak yang baik untuk adiknya kerana sifatnya yang garang.

“Saya mungkin bukan seorang kakak yang baik antara semua. Saya juga mempunyai kekurangan. Garang dan beremosi. Tapi satu perkara yang ingin kamu tahu ialah jauh di sudut hati, saya selalu menyayangi dan inginkan yang terbaik untuk kamu.

“Semoga kebahagiaan menjadi milikmu selamanya Elisya Sandha,” luah Fasha.

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu memohon kepada peminatnya untuk mendoakan adik kesayangannya itu sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan bahagia di samping semua.

Sebelum ini, Fasha pernah meluahkan rasa sedih selepas adiknya itu selamat bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga bersama anak kepada penerbit, Shiela Rusly dan Jinggo, Uzair Haqimy.

Menerusi luahan tersebut, Fasha berasa berat hati untuk melepaskan adiknya yang diibaratkan sebagai ‘bayi kecil’ dalam keluarganya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI