fbpx

Disiasat MKN, program All Together Now Malaysia dihentikan sementara waktu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program All Together Now Malaysia dihentikan siaran sementara waktu selepas didakwa melanggar SOP PKPP. Gambar hiasan

PETALING JAYA – Program pencarian bakat terbaharu, All Together Now Malaysia terpaksa dihentikan siaran buat sementara waktu sehinggalah siasatan berhubung dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut telah dilakukan pada bulan Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Sebelum rakaman bermula, semua kru penerbitan sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenarkan meneruskan rakaman.

“Set yang dibina juga mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri sertab penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan kedudukan mereka,” katanya.

Difahamkan, rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.

Terdahulu, sebuah laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan tersebut selepas dakwaan pelanggaran SOP tular dalam media sosial.

Dalam laporan sama, Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir berkata, siasatan terhadap rancangan tersebut akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Selain itu, KKMM juga akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

Untuk rekod, program tersebut tular dalam media sosial selepas ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan cara rancangan tersebut dilaksanakan ketika negara sedang dilanda pandemik.

Rata-rata netizen berpendapat, program tersebut tidak mematuhi SOP kerana barisan selebriti yang bertindak sebagai juri tidak memakai pelitup muka sepanjang rakaman berlangsung.

Program All Together Now Malaysia yang disiarkan pasa setiap hari Ahad pukul 9 malam itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN