fbpx

Cabul: Pastor OKU ke mahkamah lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh Jee Jong Hoon, 54, ketika tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

PETALING JAYA – Seorang pastor orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu warga Korea Selatan yang sebelum ini pernah dituduh mencabul beberapa lelaki, dihadapkan lagi ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan sama.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Jee Jong Hoon, 54, memandangkan pertuduhan tidak dibacakan ketika prosiding di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai depan bagi lantikan jurubahasa isyarat untuk pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanapun peguam M.Thanakumaran yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan ikat jamin berikutan tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis sepanjang siasatan dilakukan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan dua penjamin warga Malaysia berserta syarat tambahan tertuduh dilarang menganggu pengadu dan saksi-saksi pendakwaan.

Pada 29 Disember tahun lalu, tertuduh telah didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang  atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang lelaki berusia 40 tahun.

Sebelum itu pada 18 Disember lalu, Jong-hoon dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Butterworth dekat sini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dua lelaki pada 2013 dan 2017.

Bagi kedua-dua kes itu tiada pengakuan direkodkan kerana ketiadaan jurubahasa isyarat bagi membaca pertuduhan selain tertuduh hanya memahami bahasa Korea. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI