fbpx

Beli dulu bayar kemudian tanpa perlu tunggu gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebelum ini pesta jualan mega yang lazimnya diadakan di gedung membeli-belah pasti ditunggu-tunggu kebanyakan orang kerana itulah peluang untuk berbelanja sakan dengan potongan diskaun dan harga runtuh yang menarik.

Namun seiring peredaran zaman aktiviti membeli-belah secara online sudah menjadi rutin rakyat Malaysia sama ada dilakukan secara harian, mingguan atau bulanan tanpa mengira waktu dan tempat.

Musim pandemik turut menyaksikan pengguna memanfaatkan sepenuhnya platform e- dagang sekali gus mendorong pengusaha dari seluruh industri memacu perkhidmatan digital mereka.

Asalkan ada peranti pintar dan sambungan internet boleh dikatakan hampir semua jenis barangan dari sekecil-kecil keperluan dapur, produk fesyen, makanan kucing sehinggalah peralatan elektrik dan perabot dapat diperoleh dengan mudah di hujung jari.

Namun dalam keterujaan menjelajah kedai-kedai online mungkin ada yang pernah berdepan dilema ‘poket kering’ kerana wang yang ada telah digunakan untuk komitmen lain atau terpaksa dikorbankan untuk tujuan kecemasan sedangkan sesuatu barangan yang diingini perlu dibeli segera.

Barangkali barang tersebut mempunyai tawaran harga menarik dengan tempoh promosi yang terhad dan sayang jika dilepaskan begitu sahaja.

Boleh jadi juga sambutan hari istimewa seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan kian hampir dan anda mungkin sudah lama menyimpan angan-angan membuat kejutan untuk insan tersayang dengan membelikan mereka barangan yang sudah lama menjadi idaman.

Tetapi kini anda tidak perlu lagi bimbang kerana anda boleh membeli dahulu dan membuat pembayaran kemudian tanpa sebarang faedah dikenakan melalui aplikasi PAYLATER.

Inovasi sistem pembayaran PAYLATER merupakan aplikasi PERTAMA beli dulu bayar kemudian (BNPL) dalam pasaran e-dagang dengan pilihan pembayaran kad debit di Malaysia.

Aplikasi PAYLATER dibangunkan oleh anak Malaysia sendiri iaitu hasil inisiatif syarikat pemula teknologi kewangan, Kale Technology yang pastinya lebih memahami kehendak pasaran tempatan.

Ini kerana PAYLATER menyediakan kemudahan pembiayaan yang fleksibel, mampu milik dan telus berdasarkan penyelesaian pelan pembayaran ansuran mudah.

Pada peringkat permulaan, pengguna hanya perlu membayar sebanyak 25 peratus dan boleh melunaskan bakinya secara ansuran untuk mendapatkan sesuatu barang tanpa sebarang caj tambahan jika mereka membuat pembayaran mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pengguna juga bebas untuk membeli-belah sama ada dalam talian atau luar talian di kedai fizikal kerana PAYLATER telah bekerjasama dengan lebih daripada 150 pedagang untuk memenuhi keperluan dan cita rasa pengguna yang pelbagai.

Antaranya ialah klinik pergigian, pusat beli-belah terkemuka, kedai barangan bayi, kedai haiwan kesayangan, butik terkenal dan jenama gajet serta barang elektronik berprestij.

Harga pembelian minimum ialah RM50 tanpa had perbelanjaan maksimum dengan bayaran ansuran sebanyak empat kali dan tiada sebarang faedah dikenakan dengan transaksi pembayaran pertama ialah sebanyak 25 peratus.

Pengguna turut boleh melanjutkan tempoh ansuran sehingga enam bulan untuk pembelian RM1,999 ke bawah dan sehingga 12 bulan untuk pembelian bernilai RM2,000 ke atas.

Aplikasi pembayaran digital PAYLATER turut mempunyai beberapa ciri istimewa yang sangat mesra pengguna antaranya pengguna boleh memilih kaedah pembayaran yang ingin digunakan sama ada menggunakan kad debit atau kad kredit.

Menariknya pengguna tidak perlu berdepan prosedur permohonan yang rumit dan mendapat kelulusan serta-merta di samping berpeluang memaksimumkan ganjaran membeli-belah mereka.

Apa yang pasti, aplikasi PAYLATER ternyata lebih mudah, selamat dan kurang berisiko berbanding sistem pembayaran lain.

Pendaftaran adalah percuma dengan pengguna hanya perlu mengikuti beberapa langkah untuk mendaftar iaitu imbas kod QR dan muat turun aplikasi PAYLATER di telefon pintar sebelum klik daftar dan mengisi maklumat diri.

Pengguna turut perlu mengambil gambar bahagian hadapan dan belakang kad pengenalan dan swafoto diri sendiri untuk melengkapkan proses pendaftaran.

PAYLATER akan melancarkan beberapa promosi menarik, yang pertama PAYLATER telah melancarkan kempen promosi khas buat pelanggan mereka dengan baucar tunai RM100 akan dikeluarkan di laman Facebook dan Instagram PAYLATER setiap hari dari 8 Jun hingga 12 Jun 2021.

Selain itu, promosi kedua PAYLATER ialah menangi ganjaran hebat melalui pertandingan PAYLATER Grant Your Wish dengan memasukkan apa sahaja item yang dikehendaki di dalam PAYLATER Mall bernilai RM10,000 seterusnya lengkapkan borang beserta tangkap layar senarai keinginan tersebut dan PAYLATER akan membayar keseluruhan jumlah item yang dipilih untuk pemenang bagi kempen ini yang bermula pada 8 Jun hingga 27 Jun 2021.

Promosi yang terakhir ialah bagi pelanggan yang membuat pembelian minimum RM100 dalam satu resit turut berpeluang memiliki satu daripada barangan berikut iaitu Nintendo Switch, Garmin vívoactive 3 Element, Airpod Pro dan Sony 32′′ LED TV melalui pertandingan Lucky Wednesday yang akan berlangsung dari 8 Jun hingga 6 Julai 2021 mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi PAYLATER pengguna boleh mengunjungi http://www.paylater.com.my atau laman https://www.facebook.com/paylatermys

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI