fbpx

91,317 pegawai, anggota polis sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seramai 91,317 pegawai dan anggota sudah menerima dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 sejak pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), setakat 6 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, seramai 10,670 pegawai kanan sudah menerima dua dos suntikan vaksin manakala 859 pegawai kanan pula sudah menerima dos pertama dan sedang menunggu dos kedua.

“Mengikut perkiraan hanya 1,566 pegawai kanan yang masih belum menerima suntikan vaksin.

“Bagi anggota pula, seramai 80,647 anggota sudah menerima dua dos suntikan vaksin, 6,106 anggota sudah melengkapkan suntikan dos pertama dan sedang menunggu dos kedua, manakala 14,648 anggota masih belum menerima suntikan,” ujarnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Jelas beliau, pihak PDRM sedang meneruskan usaha bagi menyempurnakan proses vaksinansi bagi baki 16,214 pegawai dan anggota yang masih belum menerima suntikan vaksin.

“Selaku Pengarah Jabatan Pengurusan, saya pastinya mahu keseluruhan pegawai dan anggota agensi berkenaan menerima suntikan vaksin pada tahap ini.

“PDRM sudah menyerahkan senarai nama dan maklumat pegawai dan anggota kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan kita memahami kesukaran yang dihadapi KKM dalam pengagihan vaksin di seluruh negara kepada semua petugas barisan hadapan di pelbagai organisasi,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI