fbpx

Wanita warga emas maut kebakaran, suami melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang mencari mayat Fatimah yang terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas maut dalam kebakaran yang memusnahkan rumahnya di Kampung Losong Haji Su di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.35 pagi itu, mangsa, Fatimah Mohd., 79, ditemui rentung manakala suaminya, Jusoh Muda, 82, pula cedera parah dengan melecur pada bahagian kaki dan badan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Md. Hilman Ab. Rashid berkata, pihaknya dengan kekuatan 35 anggota dan empat jentera telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran tersebut pada pukul 10.39 pagi.

“Sewaktu tiba, rumah mangsa yang diperbuat daripada kayu telah musnah terbakar hampir 80 peratus.

“Suami mangsa, Jusoh yang melecur diselamatkan penduduk sewaktu mahu menyelamatkan diri di bahagian tangga rumah,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini semalam.

Md. Hilman berkata, mangsa, Fatimah yang mengalami kepayahan berjalan kerana uzur telah terperangkap di dalam rumah mereka yang sedang marak terbakar.

Beliau berkata, mayat Fatimah yang ibu kepada 11 orang anak ditemui tertiarap dalam keadaan rentung di bawah rumah pada 12.22 tengah hari.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya dalam tempoh setengah jam. Rumah itu hangus 100 peratus manakala dua rumah di sebelahnya pula 50 peratus,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI