fbpx

Tempuh perjalanan 120km semata-mata mahu cucuk vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (kanan) bersama isteri, Azmah antara individu terawal menerima suntikan vaksin AstraVeneca sempena Program Iminisasi Covid-19 Kebangsaan Negeri Johor di PPV Mega Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kesedaran ditunjukkan pasangan warga emas harus dipuji apabila sanggup datang dari Batu Pahat ke Johor Bahru semata-mata mahu mendapatkan vaksin.

Idris Ahmad, 66, dan isterinya, Azmah Harun, 64, antara individu terawal menerima suntikan sempena Program Iminisasi Covid-19 Kebangsaan Negeri Johor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Bekas pengetua Sekolah Sains Kluang itu berkata, dia dan isterinya menempuh perjalanan sejauh 120 kilometer (km) dari Taman Peserai Batu Pahat sejauh 120 kilometer.

“Pukul 6.30 pagi kami sudah keluar rumah, anak yang bawa kereta ke sini. Syukur saya bersama isteri dapat menerima panggilan hari ini untuk menerima vaksin AstraZeneca.

“Saya mula mendaftar di MySejahtera pada 23 Februari lalu dan sentiasa mengemaskini data dan akhirnya dapat panggilan untuk mendapat suntikan.

“Jangan takut, sehingga sekarang saya masih ‘ok’, janganlah terpengaruh dengan berita palsu cakap vaksin ini tak baguslah apalah, kita ambil vaksin untuk lindung diri dan orang sekeliling,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI