fbpx

Tempiaran lari tengok polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat individu berusia antara 15 hingga 22 dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi SOP PKP di Jalan Sri Stulang, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Sekumpulan lelaki yang berkumpul beramai-ramai bertindak melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis dalam satu kejadian di sebuah flat di Jalan Sri Stulang, di sini petang semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan berkata, pihaknya bertindak mengeluarkan kompaun terhadap empat lelaki kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa.

Menurutnya, ketika anggota melakukan rondaan, mereka telah mengesan 10 hingga 15 lelaki berkumpul di taman permainan berhampiran flat berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.

“Menyedari kehadiran polis, sebahagian daripada mereka bertindak melarikan diri manakala empat yang lain berusia antara 15 hingga 22 berjaya ditahan.

“Kesemua mereka dikenakan kompaun berjumlah RM1,500 kerana kesalahan tidak menjaga penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka,” jelas kenyataan itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI