fbpx

Rugi RM600, disamun lelaki pakai baju polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Ezani menunjukkan beg galas dan dompetnya yang dicampak selepas seorang lelaki disyaki anggota polis melarikan wang tunai RM600 miliknya di Machang pada Jumaat lalu.

MACHANG – Seorang pekerja kilang mengalami kerugian sebanyak RM600 selepas mendakwa dirinya dipukul oleh salah seorang daripada empat anggota polis ketika sedang menunggang motosikal di kawasan lampu isyarat di Bandar Machang di sini Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 malam, mangsa, Muhd. Ezani Mustapha, 21, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR seorang diri sedang dalam perjalanan dari tempat kerja untuk pulang ke rumahnya di Kampung Padang Selising di sini.

Menurutnya, ketika sedang menunggu lampu isyarat, sebuah kereta jenis Proton Preve yang mempunyai lambang Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghalang perjalanannya.

Katanya, dia terkejut apabila salah seorang daripada empat lelaki yang memakai baju-T dipercayai mempunyai logo PDRM telah keluar dari kereta tersebut.

“Lelaki itu telah meminta beg galas dan dompet saya yang mengandungi kad pengenalan dan wang tunai RM630. Kemudian, salah seorang lagi daripada suspek telah bertindak menumbuk perut saya.

“Perbuatan itu dilakukan oleh suspek selepas saya tidak mengaku terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah. Pada mulanya, mereka mengambil semua wang sebanyak RM630,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Menurutnya, bagaimanapun, salah seorang suspek memberi semula RM30 selepas dia merayu bahawa wang itu untuk digunakan bagi tujuan membayar sewa rumah, bayaran ansuran motosikal dan cukai jalan.

Katanya, selepas mengambil wang, lelaki terbabit mencampak dompet dan beg galasnya sebelum memecut laju kereta dinaiki mereka ke arah Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Suprintendan Ganti Jimmy ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada Sabtu lalu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI