fbpx

Remaja terperangkap dalam buaian bayi kerana trend TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pada tahun lepas, terdapat sekurang-kurangnya 777 panggilan diterima oleh jabatan bomba di Britain yang melibatkan aduan berkaitan insiden tersepit pada sesuatu. – SWNS/The Sun

LONDON – Jabatan Bomba Britain mengecam trend TikTok yang mendorong remaja mencuba permainan buaian bayi di taman-taman permainan sehingga menyebabkan mereka terperangkap dalam buaian tersebut, lapor akhbar The Sun hari ini.

Susulan trend tersebut, pihak bomba banyak menerima panggilan kecemasan melaporkan insiden remaja tersekat dalam buaian di taman permainan sehingga memaksa buaian itu dipotong.

Data platform Kebebasan Maklumat di Britain mendapati bahawa pada tahun lepas, terdapat sekurang-kurangnya 777 panggilan diterima melibatkan aduan berkaitan insiden tersepit pada sesuatu.

Menurut sumber, trend TikTok tersebut menyumbang sebahagian besar kepada panggilan kecemasan itu. 

“Kami ada banyak lagi perkara lebih penting yang perlu dilakukan selain daripada memotong buaian untuk mengeluarkan remaja tersekat yang pada mereka adalah satu jenaka.

“Ketika kami mengeluarkan mereka (daripada terperangkap), kebakaran sebuah rumah mungkin boleh membunuh orang lain.

“Situasi ini amat menjengkelkan. Video-video di TikTok perlu dipersalahkan di atas semua kegilaan ini,” kata seorang anggota bomba.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Scotland adalah yang paling banyak menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden seumpama itu, iaitu mencecah 98 panggilan berbanding 48 panggilan pada tahun lepas.

Ini diikuti Jabatan Bomba London yang mencatatkan sebanyak 52 panggilan kecemasan seumpamanya, meningkat daripada 32 panggilan pada tahun lepas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI