fbpx

Pusat Perubatan Ar-Ridzuan dipilih PPV swasta di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang warga emas menunjukkan isyarat bagus ketika jururawat memberi suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Sebuah lagi pusat perubatan swasta di bandar ini dijadikan sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) dalam inisiatif Kementerian Kesihatan bagi mencapai imuniti kelompok yang disasarkan iaitu 80 peratus.

Menerusi kerjasama ini, Pusat Perubatan Ar-Ridzuan (Ar-Ridzuan) akan memberikan suntikan kepada 50 orang penerima vaksin fasa kedua yang akan menerima suntikan dos pertama meliputi golongan warga emas dan pesakit kronik.

Pengurus Besar Ar-Ridzuan, Khairul Salleh Abdul Rani berkata, walaupun dijalankan di premis perubatan swasta tetapi pemberian vaksin adalah percuma kerana segala pematuhan dan prosedurnya adalah tertakluk di bawah Kementerian Kesihatan.

Menurut beliau, PPV itu beroperasi pada pukul 9 pagi sehingga 4 petang bagi penerima mengikut temujanji melalui aplikasi MySejahtera.

“Penglibatan pusat perubatan swasta sebagai PPV akan mempercepatkan proses (vaksinasi) untuk mencapai imuniti berkelompok 80 peratus seperti yang disasarkan.

“Masyarakat tidak perlu percaya dengan berita palsu yang tular berkaitan vaksin yang disediakan oleh kerajaan kerana ianya dijamin selamat,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pusat perubatan itu hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI