fbpx

Polis potong tali sistem barter di Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu tali yang dipasang merentasi Sungai Golok untuk urusan menukar barangan dengan penduduk dari negara jiran. - FOTO : IHSAN PDRM

PASIR MAS – Polis telah memotong kesemua tali yang dipasang merentasi Sungai Golok berhampiran pangkalan haram di Rantau Panjang di sini yang digunakan penduduk untuk menukar barangan dengan individu dari negara jiran.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, kerja-kerja pemotongan tali yang dilakukan semalam itu melibatkan tiga pangkalan haram iaitu Syed Agil, Che Kassim dan Jambu.

Menurutnya, pemotongan tali itu dilakukan sebagai langkah untuk mengekang aktiviti penyeludupan barangan-barang kontraban dan kemasukan individu secara haram ke negara ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga kawasan pangkalan haram itu dipasang tali nilon dan unjang sepanjang 20 hingga 30 meter yang merentasi Sungai Golok.

“Polis mengambil serius perkara itu dan akan melakukan pemantauan dari masa ke semasa di sepanjang pangkalan haram di kawasan itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Nasaruddin berkata, polis turut mengenal pasti empat lagi kawasan yang mempunyai kawasan pangkalan haram di Rantau Panjang.

Sebelum ini, tular sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan penduduk tempatan dan negara jiran sedang menjalankan urusan sistem barter atau bertukar-tukar barangan.

Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan dua lelaki sedang menarik bungkusan plastik menggunakan tali yang merentasi Sungai Golok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI