fbpx

Pendaratan ikan laut dalam berkurangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin (tengah) menyampaikan sumbangan ikan sejuk beku kepada petugas barisan hadapan untuk diagihkan kepada penduduk di Taman Berkat, Taiping hari ini.

TAIPING – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengesahkan berlaku pengurangan pendaratan ikan diseluruh negara sebanyak sepuluh peratus berikutan kurangnya aktiviti penangkapan ikan di laut.

Ini kerana ada pengusaha bot laut dalam tidak dapat turun ke laut disebabkan ketiadaan pekerja asing yang menjadi tekong dan awak -awak untuk bot kelas C laut dalam

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Al Fasal berkata, kebanyakan pengusaha menggajikan warga Thailand dan Vietnam sebagai tekong serta awak-awak disebabkan kemahiran mereka.

Bagi mengatasi masalah itu katanya, LKIM telah pun bertemu dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapat kelulusan untuk membawa masuk pekerja warga asing kedua-dua negara.

“Namun, kemasukan pekerja asing ini tertangguh disebabkan negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita telah membuat rayuan agar diberi pertimbangan manakala negara penghantar pula perlu menyelesaikan proses dokumentasi pemohon sebelum dibenarkan masuk ke negara ini selain perlu dikuarantin mengikut tatacara sedia ada,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI