SEJAK desas-desus perceraian aktres Jun Ji-hyun tersebar luas, agensinya Culture Depot segera tampil menafikan sekeras-kerasnya kisah sensasi yang yang sedang melanda artis naungan mereka.
“Kami ingin memberitahu anda mengenai posisi kami berhubung khabar angin perceraian aktres Jun Ji-hyun yang disiarkan secara langsung menerusi siaran langsung Garo Sero Institute pada 2 Jun.
“Pertama sekali, kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa semua yang disebutkan dalam siaran tersebut adalah tidak berasas,” tulis kenyataan tersebut.
Pihak Culture Depot kini sedang berusaha mencari kebenaran dan maklumat yang telah diputar belit.
“Kami juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap penyebaran maklumat palsu melalui artikel dan komen yang berbeza dengan fakta,” tulisnya lagi.
Sejak isu perceraian pelakon dan model popular Korea Selatan itu menjadi buah mulut netizen, rata-rata peminat sebenarnya menyokong perceraian Ji-hyun jika benar suaminya mempunyai wanita simpanan.
“Ji-hyun, mintalah perceraian sebaik-baiknya. Ini semua demi masa depan kedua-dua anak kamu,” tulis netizen dalam nada sebak.
Terdahulu, Ji-hyun dan suaminya dikhabarkan berada di ambang perceraian kerana hubungan sulit yang dijalinkan suaminya bersama wanita simpanan lain.
Sumber menyatakan Ji-hyun enggan bercerai secara rasmi kerana akan memberi kesan kepada tawaran komersialnya.