fbpx

Pedofilia dihukum penjara 275 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tristan Ray Stanton (dalam bulatan) menerima hukuman penjara 275 tahun atas 29 tuduhan melakukan jenayah seks yang melibatkan empat kanak-kanak perempuan. - Alamy Stock

SALEM, Oregon – Seorang pedofilia atas kesalahan jenayah seksual terhadap empat kanak-kanak perempuan dijatuhi hukuman penjara lebih 275 tahun, lapor akhbar The New York Post, baru-baru ini.

Tristan Ray Stanton, 34, menerima hukuman itu daripada Hakim Mahkamah Daerah Douglas selepas disabit kesalahan atas 29 jenayah seksual terhadap empat kanak-kanak perempuan dari 2014 hingga 2020.

“Saya bekerja keras dalam memastikan setiap hukuman yang saya beri kepada pesalah boleh menginsafkan mereka namun dalam kes ini, saya tidak rasa anda layak menerimanya.

“Tidak ada yang dapat saya katakan kepada mereka atau katakan kepada anda yang dapat menjadikan apa yang berlaku lebih baik. Hukuman ini adalah terbaik yang boleh saya berikan,” kata Hakim Ann Marie Simmons selepas hukuman dijatuhkan.

Hakim menjatuhkan 10 hukuman penjara 25 tahun yang akan dilaksanakan berturut-turut untuk tujuh tuduhan liwat tahap pertama dan tiga tuduhan jenayah seksual tahap pertama, lapor akhbar tempatan, News-Review.

Stanton juga menerima hukuman penjara 75 tahun, 45 tahun dan 36 bulan secara berasingan atas tuduhan lain termasuk penderaan seks tahap pertama yang juga akan dijalankan secara berturut, putus Simmons.

Gabungan jumlah hukuman itu adalah 3,306 bulan atau 275 tahun setengah penjara, istilah yang disifatkan Peguam Daerah, Rick Wesenberg sebagai tidak pernah berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI