fbpx

Lelaki ditahan cuba masuk kawasan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRAN ketika meninjau pelaksanaan PKPD Simpang Juasseh, Kuala Pilah hari ini.

KUALA PILAH – Seorang lelaki ditahan kerana cuba memasuki kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Simpang Juasseh dalam kejadian pada malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, pihaknya menerima laporan lelaki berusia 40 tahun itu datang ke pos kawalan dalam keadaan tidak terurus kira-kira pukul 9.50 malam.

“Lelaki berkenaan memaklumkan hendak berjumpa isteri dan anak-anaknya namun dia tidak dibenarkan berbuat demikian kerana kawasan berkenaan kini dikuatkuasakan PKPD. Kami juga dimaklumkan, keluarga lelaki itu kini memakai gelang berwarna merah jambu dan sedang dikuarantin.

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan ingkar arahan dan turut mengeluarkan kata-kata kesat serta menganggu tugas pihak berkuasa di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di PKPD Simpang Juasseh dekat sini hari ini.

Menurutnya lagi, lelaki tersebut direman selama dua hari bermula semalam dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI