fbpx

Langkawi capai imuniti kelompok menjelang September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Anwar (kanan) melawat PPV Dewan Syifa, Padang Matsirat, hari ini.

LANGKAWI – Jawatankuasa Program Vaksinasi Langkawi yakin untuk mencapai imuniti kelompok menjelang September depan apabila jumlah pendaftaran penerimaan vaksin Covid-19 di sini adalah yang tertinggi berbanding daerah lain di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Program Vaksinasi Langkawi merangkap Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi berkata, jumlah pendaftaran bagi penerima vaksin yang layak ialah sebanyak 50.16 peratus sehingga Sabtu lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, kira-kira 16 peratus penduduknya telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Kita ada mengedarkan borang pendaftaran vaksin kepada ketua kampung yang kemudiannya akan dikembalikan kepada Pejabat Daerah untuk dikemas kini maklumat tersebut dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Syifa, Padang Matsirat di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI