fbpx

Kongsi video ranjang, Zara berang diserang netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zara menyatakan netizen perlu bersikap lebih terbuka sebelum bertindak mengecam sesuatu perkara.

PETALING JAYA – “Netizen perlu bersikap lebih terbuka. Apa salah video dan produk itu.”

Itu respons ringkas pelakon Zara Zya selepas dikecam teruk netizen dalam laman Instagram, gara-gara mempromosikan sebuah jenama produk intim untuk pasangan suami isteri.

Menurut Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 36, apa yang dilakukannya hanya untuk tujuan promosi semata-mata dan perkara tersebut memang berlaku dalam kehidupan seharian.

“Bagj saya benda tu tidak salah pun. Terpulanglah kepada netizen untuk cakap dan nilai bagaimana.

“Kenapa perlu bising dan gelabah sedangkan perkara tersebut memang berlaku dalam kehidupan seharian bagi pasangan suami isteri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelakon drama Pia itu lagi, disebabkan skeptikal dan cara berfikir sebegitulah membuatkan masyarakat di negara ini tidak pernah maju.

“Terang-terang dalam video tersebut saya hanya reviu mengenai produk, bukannya akhlak.

“Itu tak boleh ini tak boleh, sebab itu orang kita ramai yang ke belakang. Semua perkara diambil dan difikir dari sudut negatif,” katanya lagi.

Terdahulu, Zara teruk dikecam selepas memuat naik sebuah video menunjukkan pasangan lelaki dan wanita sedang berpeluk mesra di atas katil.

Rata-rata netizen menyifatkan Zara tidak sensitif memandangkan pengikut dalam laman Instagram pelakon itu terdiri daripada lapisan umur.

Bukan setakat itu, ada juga segelintir netizen yang meminta Zara untuk segera bernikah memandangkan dia masih berstatus solo. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI