fbpx

Kompaun menanti jika hadir Ke PPV tanpa janji temu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak mencuba nasib mendapatkan vaksin Covid-19 dengan hadir ke pusat-pusat pemberian vaksin (PPV) tanpa janji temu yang sudah ditetapkan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Bahari Che Awang Ngah berkata, tindakan kumpulan atau individu terbabit bukan sahaja menyukarkan proses kawalan keselamatan di PPV bahkan mengakibatkan kawasan PPV mengalami kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku.

“Tindakan seperti ini sangat dikesali dan janganlah datang ke PPV jika anda belum menerima pengesahan janji temu untuk suntikan vaksin. Kita tidak mahu suasana bersesak atau kehadiran terlalu ramai orang di PPV dalam satu masa.

“Kami memberi amaran terlebih dahulu, namun jika perkara ini terus berulang, JKNP tidak ada pilihan lain dan kami boleh mengeluarkan kompaun kepada mereka yang sengaja hadir ke PPV tanpa janji temu,”katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Manurut Bahari, kaedah pengurusan vaksin di semua PPV dilakukan berdasarkan senarai janji temu yang sudah disahkan melalui aplikasi MySejahtera dan perkara itu sepatutnya sudah difahami oleh orang ramai.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI