fbpx

Kes harian turun 5,271

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 5,271 kes dilaporkan hari ini

PUTRAJAYA – Kes harian terus mencatatkan penurunan dengan 5,271 kes hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 622,086 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 1,374 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 703 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 571 kes.

“Selain itu, Kuala Lumpur (455 kes), Johor (355 kes), Kelantan (341 kes), Sabah (336 kes), Labuan (209 kes), Kedah (194 kes), Melaka (178 kes), Perak (177 kes), Pulau Pinang (153 kes) dan Terengganu (117 kes).

“Pahang pula dengan 99 kes manakala, Putrajaya sebanyak lapan kes dan Perlis merekodkan satu kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI