fbpx

Jimin, RM BTS beli rumah RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIMIN (kiri) dan RM.

DUA anggota kumpulan K-pop fenomena, BTS iaitu Jimin dan RM dilaporkan membeli apartmen mewah secara tunai.

Dua selebriti muda itu membeli unit kediaman di kompleks termahal di Korea Selatan iaitu di Nine One Hannam, Seoul.

RM membeli unit dengan ukuran kedua terkecil dalam kompleks ini iaitu 293,93 meter persegi dengan harga AS$5.7 juta (RM23 juta) dilengkapi balkoni tambahan.

Dia melakukan pembelian pada 31 Mac lalu dan sah menjadi pemiliknya pada 25 Mei lalu.

Jimin pula membeli apartmen dengan keluasan yang sama berharga AS$5.3 juta (RM21 juta) secara tunai.

Awal Januari lalu, anggota BTS, Jungkook juga dikhabarkan membeli sebuah rumah di lokasi elit dan menjadi kediaman artis popular lain seperti Rain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI