fbpx

Giroud janjikan ‘hadiah’ buat Benzema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD (kiri) mendedahkan bahawa dia tidak menyimpan dendam ekoran kenyataan yang dikeluarkan Benzema tahun lalu. – AFP

PARIS – Penyerang Chelsea, Oli­vier Giroud berjanji akan membawa bintang Real Madrid, Karim Benzema merasai permainan go-kart bersama-samanya jika mereka berdua berjaya membantu Perancis menjulang kejuaraan Euro kali ini.

Ia ekoran kenyataan Benzema, 33, tahun lepas yang memban­dingkan kemampuannya dengan Giroud, 34, ibarat perlumbaan Formula Satu dan go-kart.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Perancis, Didier Deschamps membuat kejutan apabila kembali menyenaraikan nama Benzema selepas enam tahun dan bergandingan bersama Giroud menghadapi aksi Kumpulan F Euro 2020 bermula 16 Jun ini.

Juara Piala Dunia 2018 itu diundi dalam kumpulan maut berhadapan pemenang edisi Euro 2016 iaitu Portugal; bekas juara dunia, Jerman dan satu lagi pasukan yang penuh dengan kejutan, Hungary.

“Saya tiada masalah dengan Karim (Benzema). Kenyataannya sebelum ini membuatkan saya tersenyum bukan untuk me­nyimpan dendam.

“Saya meletakkan diri saya dalam keadaannya. Jadi, lebih baik saya memaafkan sahaja kerana bukan mudah bagi pemain sepertinya untuk kembali disenaraikan dalam pasukan kebangsaan.

“Kalau Perancis muncul juara, saya akan mengajaknya meraikan kejayaan kami dengan bermain go-kart dan mengambil gambar bersama-sama. Ia pasti­nya akan menjadi kenangan manis buat kami berdua,” kata Giroud.

Sebagai rekod, kehadiran Benzema menguatkan lagi status Les Blues sebagai pilihan utama berdasarkan rekod cemerlangnya bersama Real dengan 30 jaringan daripada 46 penampilan dalam semua kejohanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI