fbpx

Empat kawasan dikenakan PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak empat kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 9 hingga 22 Jun depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan terbabit ialah di Tawau, Sabah melibatkan lima lokaliti iaitu Kampung Tanjung Batu Darat, Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah, Taman Megah Jaya, Jalan Budi dan Sri Tanjung serta PKPD Taman Perdana di Lahad Datu, Sabah.

Dua lagi kawasan dikenakan PKPD, katanya, ialah Kampung Narandang, Kudat, Sabah dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Mualim, Perak.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 10 kes positif telah direkodkan di Kampung Tanjung Batu Darat, Taman Apas Permai (18 kes), Bandar Sri Indah (36 kes), Taman Megah Jaya (14 kes) dan 10 kes di Jalan Budi, Sri Tanjung.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di lima lokaliti yang dinyatakan berkuat kuasa 9 Jun sehingga 22 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas tentang PKPD Taman Perdana, Ismail Sabri berkata, sehingga kini, KKM melaporkan sebanyak lapan kes positif telah direkodkan hasil dari 66 ujian saringan yang dilakukan dengan kadar positiviti 12.1 peratus.

“KKM hari ini juga melaporkan peningkatan kes Covid-19 di Kampung Narandang. Sehingga kini, KKM melaporkan sebanyak 16 kes positif telah direkodkan hasil dari 31 ujian saringan yang dilakukan dengan kadar positiviti 51.61 peratus,” katanya.

Bagi PKPD Politeknik Sultan Azlan Shah pula, katanya, KKM hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 yang ketara dalam tempoh masa singkat.

“KKM melaporkan sebanyak 37 kes positif telah direkodkan dari 173 ujian saringan yang dilakukan dengan kadar positiviti 21.4 peratus,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI