fbpx

Ibu ditahan kes kematian kanak-kanak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa

BETONG -Seorang wanita dan teman lelakinya antara empat individu yang ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes kematian kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Hospital Betong semalam.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Zamry Alli yang mengesahkan kes itu berkata, kertas siasatan telah dibuka ekoran laporan yang dibuat oleh pihak Hospital mengenai penemuan kesan lebam pada tubuh si mati dipercayai akibat didera.

Katanya, polis menerima panggilan dari pihak hospital pada pukul 3.45 petang mengenai kematian mangsa.

Difahamkan kanak-kanak itu dihantar oleh keluarganya pada pukul 3 petang ke Hospital Betong untuk menerima rawatan.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati ada beberapa kesan kecederaan dan lebam di badan mangsa yang berkemungkinan telah menyebabkan punca kematiannya.

“Susulan kejadian itu, kita menahan empat individu berusia 22 hingga 66 tahun termasuk ibu mangsa,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI