fbpx

Duduk di rumah kecuali terdapat keperluan mendesak – Hazani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota ATM memasang kawat duri di Semporna, Sabah baru baru ini. Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali meminta orang awam kekal berada di rumah sepanjang masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali perlu membeli keperluan asas atau kecemasan.

Hazani

Beliau berkata, apa yang berlaku ketika ini bukanlah kegagalan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) namun sebaliknya lebih kepada kegagalan orang awam untuk mematuhi SOP ditetapkan.

“Berdasarkan arahan terbaru kerajaan negeri Sabah, zon membabitkan tiga daerah iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan sudah tidak lagi dikuatkuasakan.

“Hal ini bermaksud perjalanan rentas sempadan membabitkan ketiga-tiga daerah tidak lagi dibenarkan kecuali membabitkan perkhidmatan perlu atau urusan kecemasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keadaan kesesakan lalulintas di Jalan Kepayan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, (KKIA) hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI