fbpx

Anjur judi RM87 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan hasil serbuan ke atas sindiket perjudian dalam talian di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Satu sindiket perjudian dalam talian yang didalangi lelaki warga Korea Selatan bertindak licik apabila pusat operasi mereka sentiasa berpindah-randah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Kegiatan haram sindiket itu dikesan sejak dua tahun lalu dengan menyewa premis dari kawasan ke kawasan lain dalam tempoh tiga hingga enam bulan dan sehingga kini wang taruhan terkumpul berjumlah RM87 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti jenayah itu akhirnya tumpas apabila 10 ahlinya diberkas dalam dua serbuan di Iskandar Puteri dekat sini, Sabtu lalu.

Ujarnya, serbuan bermula pada pukul 5 petang itu, polis memberkas sembilan suspek yang merupakan lelaki warga negara Korea Selatan dan seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 29 hingga 66 tahun.

“Siasatan awal mendapati warga Korea Selatan itu berperanan sebagai ‘pegawai khidmat pelanggan’ yang menjaga operasi judi dalam talian yang mana mereka akan bekerja secara dua syif dalam tempoh 24 jam.

“Sindiket ini telah menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi judi dalam talian sejak dua tahun lalu dengan mensasarkan pelanggan dari negara asal mereka dan segala transaksi akan terus dimasukkan ke akaun bank yang berpusat di Korea Selatan,” katanya pada sidang akhbar di IPK Johor, di sini hari ini.-K1 ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI