fbpx

36 maut kereta api penumpang bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana insiden di lokasi nahas kereta api di Pakistan. - Sky News

ISLAMABAD – Dua kereta api penumpang telah bertembung di selatan Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya 36 orang dan mencederakan puluhan lagi dalam satu insiden ngeri pada pagi tadi.

Pegawai tempatan berkata kemalangn itu berlaku pada awal pagi tadi ketika Millat Express yang datang dari Karachi tergelincir dan terbalik di atas landasan bertentangan.

Dalam masa sama, kereta api Sir Syed Express yang datang dari Rawalpindi bertembung dengannya lalu terbalik.

Pasukan penyelamat membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan dan dipercayai terdapat beberapa mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Rakaman dari laman web menunjukkan bangkai kereta api yang terbalik di sebelah ratusan penumpang terlibat.

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca sebenar insiden.

Dalam pada itu, beberapa mangsa dilaporkan masih terperangkap di bawah timbunan gerabak kerata api.

“Landasan kereta api ini terletak agak jauh dari bandar dan ia antara punca mengapa kerja-kerja mencari serta menyelamat berdepan kesukaran,”

Hospital-hospital di daerah ini telah diberi amaran kecemasan untuk menangani mangsa kemalangan.

Menurut laporan media tempatan, pegawai berkuasa memberitahu bahawa kereta api bantuan telah dihantar ke lokasi nahas sementara pusat bantuan telah didirikan untuk penumpang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI