fbpx

14 premis di Ipoh dikompaun gagal patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Sebanyak 14 premis perniagaan di bandar ini dikenakan kompaun kerana gagal mematuhi syarat-syarat perlesenan bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang berakhir Jumaat lalu.

Kesemua premis ini dikenakan tindakan di bawah Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dengan nilai kompaun keseluruhannya berjumlah RM3,450.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, sebanyak 67 premis lain pula diberikan surat amaran atas pelbagai kesalahan berkaitan pematuhan lesen dan SOP MKN.

Rumaizi

Menurut beliau, tindakan penguatkuasaan tersebut hasil pemeriksaan oleh penguat kuasa Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Awam MBI melibatkan 5,085 pelbagai premis berlesen termasuk perniagaan makanan.

“Berdasarkan angka ini 98 peratus peniaga mematuhi syarat-syarat SOP MKN yang ditetapkan bermakna kesedaran daripada mereka berhubung pematuhan ini sangat tinggi.

“Bagaimanapun, kita juga merasa dukacita pada segelintir peniaga yang memandang remeh peraturan-peraturan ditetapkan kerana ia tidak sepatutnya berlaku kerana peringatan mengenai wabak Covid-19 ini kerap dibertahu,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI