fbpx

Leka tebang pokok sebelum ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah jentolak yang dirampas pihak berkuasa dalam operasi di Hutan Simpan Bubu, dekat Manong, di sini baru-baru ini.

IPOH – Tiga lelaki berusia antara 27 hingga 55 ditahan penguat kuasa Pejabat Renjer Hutan Beruas selepas didapati menceroboh Hutan Simpan Bubu dekat Manong, Jumaat lalu.

Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) dalam satu kenyataan berkata, kesemua suspek ditahan kerana menceroboh hutan simpanan kekal di bawah Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985.

“Ketika serbuan kira-kira pukul 5.30 petang, semua suspek sedang giat menjalankan kerja-kerja penerokaan hutan di sebahagian Kompartmen 62, Hutan Simpan Bubu.

“Salah seorang daripada mereka leka menebang pokok hutan tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa,” katanya hari ini.

Turut ditemui di lokasi tersebut ialah sebuah jentolak model JCB, sebuah motosikal Modenas, satu unit gergaji rantai dan sebilah parang.

Ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangan, manakala barang-barang tersebut disimpan bagi tujuan siasatan.

Menurutnya lagi, kesemua suspek berdepan dakwaan di bawah Seksyen 81(1)(b) dan 81(1)(e) Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 yang boleh didenda RM50,000, penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI