fbpx

Bogor haramkan kahwin kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita yang terlibat dalam skim kahwin kontrak di Cianjur yang menjadi mangsa pelacuran. - Stephanis Aranditio/Suara.com

JAKARTA – Pemerintah wilayah Bogor, Indonesia menetapkan larangan bagi penduduknya melangsungkan perkahwinan secara kontrak, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi satu kenyataan rasmi pentadbiran agama wilayah itu, kahwin kontrak yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dengan warga asing didapati merendahkan darjah dan maruah seseorang wanita.

Terdahulu, pemerintah wilayah Cianjur mengeluarkan arahan sama bagi larangan kahwin kontrak apabila wujud skim pelacuran wanita tempatan dijalankan di sebalik perkahwinan kontrak yang dilangsungkan.

“Perkahwinan kontrak merugikan kaum wanita maka pihak jabatan agama Bogor akan menguatkuasakan undang-undang melarang perkahwinan seperti  ini dalam kalangan penduduk tempatan, warga asing dan mereka yang tinggal berdekatan wilayah Bogor,” kata pemerintah Cianjur, Herman Suherman.

Tambah Herman, pihaknya berasa bersalah dan bertanggungjawab jika ada perkahwinan kontrak yang berakhir dengan tidak baik kerana izin berkahwin itu datangnya daripada pihak pemerintah.

“Kami tidak mahu menanggung dosa jika perkahwinan kontrak ini akhirnya menyeksa kaum wanita di wilayah ini,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI