fbpx

5 maut serangan pisau di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengawasi lokasi kejadian serangan di wilayah Anhui, China, semalam. - Algulf

BEIJING – Seorang lelaki bersenjatakan pisau membunuh lima orang dan mencederakan 15 yang lain di sebuah bandar di timur China, lapor media kerajaan.

Serangan itu berlaku pada petang semalam di tepi jalan Anqing, wilayah Anhui, 430 kilometer di sebelah barat Shanghai, kata saluran televisyen tempatan, CCTV.

Suspek dilaporkan sudah ditangkap dan siasatan sedang dijalankan untuk menyiasat punca kejadian, kata Biro Keselamatan Awam Anqing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di rangkaian sosial Weibo.

Serangan pisau adalah insiden yang sering berlaku di China selepas kerajaan menyekat akses masyarakat awam ke atas senjata api. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI