fbpx

Yayasan Petronas sumbang 12,000 alat peranti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peranti digital bernilai RM30 juta itu dibekalkan kepada 81 buah sekolah melibatkan 69 daerah .

KUALA LUMPUR – Yayasan Petronas mengambil inisiatif dengan menyumbang alat peranti dan kemudahan internet kepada 12,000 pelajar di seluruh negara bagi membolehkan kelompok itu mendapat akses yang lebih baik bagi proses pembelajaran secara online.

Peranti digital bernilai RM30 juta itu dibekalkan kepada 81 buah sekolah melibatkan 69 daerah bermula sejak 17 Mei lalu hingga pertengahan Jun ini sebagai sebahagian daripada komitmen Yayasan Petronas menerusi program CERDIK.

CERDIK diumumkan dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini sebagai satu inisiatif dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah untuk lebih menyesuaikan diri dengan yang norma baharu pembelajaran dalam talian.

Menurut kenyataan Yayasan Petronas hari ini, inisiatif terbaharu ini adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kewangan, Yayasan Hasanah (Sekretariat) serta rakan GLC dan GLIC lain dengan keutamaan diberikan kepada isi rumah dari golongan B40.

“Peranti yang disediakan ini akan membantu pembelajaran pelajar selama tiga tahun dan turut dilengkapi dengan perkhidmatan data, penyelenggaraan, jaminan dan sokongan teknikal.

“Melalui CERDIK, kami ingin memberikan akses yang adil kepada pendidikan berkualiti untuk pelajar kerana ini adalah langkah pertama untuk menutup jurang digital ke arah memperkaya pengalaman dan kehidupan pendidikan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Nelly Francis Shariah.

Menurut beliau, dengan adanya peranti dan perkhidmatan internet ini, pihaknya berharap lebih ramai pelajar terutama mereka yang berasal dari keluarga kurang mampu dan luar bandar dapat mengambil bahagian dalam pembelajaran online dengan lebih baik.

Menurut tinjauan melibatkan 900,000 pelajar yang dilakukan tahun lalu, 37 peratus menunjukkan bahawa kumpulan pelajar ini tidak memiliki alat yang sesuai di rumah untuk mengikuti pelajaran dalam talian.

“Dalam melalui masa yang sukar ketika pandemik ZCovid-19, kami perlu membantu bagi memastikan tidak ada yang ketinggalan dalam menuntut pendidikan,” tambah Nelly.

Sementaraitu, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari melahirkan penghargaan kepada Yayasan Petronas yang tampil untuk merealisasikan program CERDIK ini bagi membantu pelajar di seluruh negara.

“Walaupun terdapat masalah logistik kerana sekatan pergerakan, kami masih berada di landasan tepat untuk menyampaikan peranti pada masa yang yang ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI