fbpx

Ular sawa mengeram 20 biji telur ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ular sawa dan telur yang ditangkap di sebuah ladang kelapa sawit di Jalan Kelab, Kuala Selangor

KUALA SELANGOR – Kecurigaan empat pekerja terhadap kehadiran seekor ular sawa di bekas akar pokok kelapa sawit selama empat hari terjawab apabila menemukan 20 telur reptlia itu.

Perkara itu terbongkar pukul 11 pagi semalam selepas mendapatkan khidmat pasukan bomba dalam kejadian di sebuah ladang di Jalan Kelab di sini.

Seorang pekerja mahu dikenali Azizah berkata, ular tersebut ditemukan empat rakannya pada pagi Selasa lalu ketika hendak melakukan kerja-kerja membaja di kawasan tersebut.

Katanya, semasa kejadian ular tersebut hanya berlingkar di tapak bekas akar sebuah pokok kelapa sawit yang telah tumbang.

“Kami beranggapan ular tersebut sekadar singgah sebentar untuk ‘berteduh’ sebelum pergi ke lokasi lain.

“Namun, jangkaan itu meleset apabila ular sama terus berada di kawasan tersebut sebelum mengambil keputusan menghubungi pihak bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Ismail Zakariya berkata, enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.11 pagi.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal mendapati reptlia itu sedang mengeram kesemua telurnya.

“Ular berkenaan berjaya ditangkap pukul 11 pagi menggunakan penjerut.

“Kita telah serahkan ular serta kesemua telur itu kepada pihak pengurusan Mini Zoo Kampung Kuantan,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI