fbpx

Tidak serik jual haiwan peliharaan tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perhilitan Johor menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis burung peliharaan dalam serbuan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor petang semalam. - Foto IHSAN PERHILITAN

JOHOR BAHRU – Pemilik premis menjual haiwan peliharaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang di sini tidak serik apabila mengulangi kesalahan sama dengan memiliki hidupan liar tanpa sebarang permit kebenaran daripada pihak berkuasa.

Kegiatan lelaki berusia 34 tahun itu terbongkar apabila premis itu diserbu sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, semalam.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, serbuan itu dijalankan pihaknya pada pukul 5.30 petang.

“Dalam operasi berkenaan, Perhilitan menemui 15 ekor burung murai batu hidup, dua ekor burung hwamei hidup, dua ekor burung serindit hidup dan tiga ekor ayam hutan hidup.

“Turut dirampas 16 sangkar buluh dan tiga sangkar besi. Nilai rampasan keseluruhan adalah RM13,800,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Salman, siasatan dibuat mendapati pemilik premis berkenaan tidak memiliki sebarang surat kebenaran untuk menyimpan hidupan liar tersebut daripada Jabatan Perhilitan.

“Premis berkenaan pernah diserbu atas kesalahan sama pada awal tahun ini dimana siasatan terhadap kes itu masih dijalankan.

“Laporan polis berhubung operasi ini telah dibuat dan kes akan disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI