fbpx

Swiatek intai gelaran kedua di Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK menempah slot pusingan ketiga selepas menumbangkan Paterson secara straight-set awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Juara bertahan, Iga Swiatek mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis selepas mudah mengatasi pemain Sweden, Rebecca Peterson dengan kemenangan straight-set 6-1, 6-1 awal pagi semalam.

Pemain pilihan No.8 tersebut hanya memerlukan satu jam satu minit untuk menyingkirkan Peterson sekali gus mencatat lapan kemenangan berturut-turut tanpa tewas sejak menjuarai Terbuka Itali bulan lalu.

Kini, bintang tenis Poland tersebut dilihat bersedia untuk mempertahankan gelarannya selepas menyaksikan Ashleigh Barty tersingkir apabila ­me­ng­alami kecederaan.

Bagaimanapun, Swiatek perlu berwaspada apabila pemain terbaik dunia seperti Aryna Sabalenka, Sofia Kenin, Elina Svitolina dan Serena Williams masih kekal bersaing di Roland Garros.

“Sejak awal lagi saya dapat rasakan mampu bermain de­ngan baik terutama ketika me­langkah ke gelanggang ini. Saya melakukan rutin seperti biasa sebelum perlawanan dan persiapan yang rapi.

“Pukulan servis saya juga baik dan cukup sempurna. Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan perlawanan hari ini.

“Jika melihat kepada keputusan perlawanan, ia seperti mudah tetapi jika dinilai se­mula, Peterson bermain de­ngan cukup baik. Saya harap dapat mengulangi pencapaian terbaik ini pada perlawanan seterusnya,” kata Swiatek.

Hasil keputusan tersebut, Swiatek dijangka berdepan tugas berat apabila dijadualkan berdepan Anett Kontaveit.

Pemain Estonia tersebut tampil agresif apabila hanya memerlukan 51 minit untuk menyingkirkan Kristina Mla­denovic, 6-2, 6-0. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI