fbpx

Sindiket lerai kenderaan curi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhrudin menunjukkan antara rangka kereta yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis barangan lusuh di Desa Mentari, Petaling Jaya - Foto AFIQ RAZALI

PETALING JAYA – Lima lelaki termasuk dua warga asing ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Desa Mentari di sini Khamis lalu susulan aduan yang diterima berhubung kejadian kecurian pelbagai jenis kenderaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua suspek ditahan ketika sedang leka meleraikan komponen sebuah kereta jenis Perodua Kembara di tepi jalan kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut mendapati ia telah dilaporkan hilang pada 29 April lalu di Sea Park, Petaling Jaya dan hasil soal siasat telah membawa pasukan polis ke sebuah premis barang lusuh di kawasan sama kira-kira pukul 1.40 tengah hari.

“Di premis tersebut pasukan serbuan telah berjaya menahan tiga lelaki termasuk dua warga asing yang sedang melakukan kerja-kerja peleraian kenderaan dan pemeriksaan lanjut telah menemui sebanyak 13 rangka kenderaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, daripada 13 rangka kenderaan yang ditemui itu, enam daripadanya telah dilaporkan hilang dan pihak polis turut merampas barangan seperti tayar dan rim, komponen kenderaan, mesin grinder termasuk tong sampah roro berisi barangan lusuh.

“Tiga suspek warga tempatan yang ditahan didapati memiliki rekod jenayah lampau serta dadah dan kami percaya dengan tertangkapnya kesemua suspek pihak polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kenderaan model lama di daerah Petaling Jaya selain lima kes di daerah luar.

“Kesemua suspek kini direman sehingga 7 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” tegas beliau.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI