fbpx

RM522 juta disalurkan menerusi Program Mus’adah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli Mohamad Al-Bakri

PUTRAJAYA – Program Mus’adah 1.0 dan 2.0 yang dikendalikan agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berjaya menyalurkan bantuan keseluruhan berjumlah RM522 juta bagi tempoh 18 Mac tahun lalu hingga 28 Mei lepas.

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, bantuan yang disalurkan itu adalah khusus bagi mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pihaknya turut menyumbang RM3.3 juta bagi meringankan beban dihadapi saudara Islam di Palestin.

“Program Mus’adah 1.0 dan 2.0 membabitkan agihan wang tunai, dana perniagaan, latihan kemahiran bank makanan, makanan sedia untuk dimakan, wakaf kesihatan, peralatan perubatan, projek baik pulih rumah dan bantuan komputer riba.

“Bantuan diberikan kepada 10 kelompok sasar di seluruh negara merentasi agama dan bangsa,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk memperhebat agihan bantuan menerusi Program Mus’adah 3.0 khususnya bagi tempoh sekatan pergerakan penuh ini.

Zulkifli berkata, beliau menyasarkan bantuan yang lebih giat untuk diagihkan ke seluruh Malaysia disamping kelompok sasar terbaharu iaitu rakyat Palestin di Malaysia dan di Palestin.

Menurutnya, agensi-agensi agama di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (HalRM522 juta disalurkan menerusi Program Mus’adah Ehwal Agama) yang terlibat berjaya mengumpulkan RM3.3 juta untuk disalurkan terus kepada keluarga rakyat Palestin di Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan bantuan kepada Palestin.

“Isu Palestin khususnya Baitulmaqdis tidak akan berakhir begitu sahaja tetapi ia sentiasa menjadi perebutan selagi mana faham zionisme terus menguasai,” katanya.

Katanya, sebarang sumbangan boleh disalurkan ke Tabung Musa’adah Covid-19 Jakim-YWM melalui akaun CIMB Islamic zqBank Bhd atas nama Yayasan Waqaf Malaysia (86-0221818-6). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI