fbpx

Qabil berharap diberi kelonggaran ke Olimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QABIL berharap FEI menyemak semula dan memberi kelonggaran kepadanya untuk menyertai Sukan Olimpik 2020 Tokyo pada Julai depan.

ATLET negara, Qabil Ambak Mahamad Fathil berharap dapat melakukan persiapan lebih rapi bagi menghadapi ujian kecergasan yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) sebelum dibenarkan berlepas ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo pada Julai depan.

Qabil menegaskan, mengikut syarat yang dikeluarkan FEI, dia dan kudanya perlu menyertai satu kejohanan wajib sebelum 21 Jun ini untuk melepasi syarat tersebut sebelum ke Tokyo.

Bagaimanapun, Qabil menjelaskan, masa yang diberi kepadanya sangat suntuk untuk melakukan persiapan kerana dia kini berada di Singapura sementara kudanya di Denmark.

“Saya menerima panggilan pagi semalam (kelmarin) daripada Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria dan sudah pasti sangat terkejut dengan berita ini. Sebelum itu saya perlu melakukan persiapan yang rapi untuk menyertai satu kejohanan yang ditetapkan FEI.

“Apa yang saya difahamkan, saya perlu menyertai kejohanan sebelum 21 Jun ini jika ingin ke Tokyo. Pada kejohanan itu, saya perlu meraih sekurang-kurang­nya 65 markah untuk menerima sijil pengiktirafan tersebut untuk ke Olimpik.

“Jika diberikan masa saya yakin tiada masalah untuk menjalani kejohanan tersebut tetapi pasti agak tergesa-gesa kerana ketika pandemik ini membataskan pergerakkan saya bergerak mahupun menjalani latihan kerana kuda saya berada di Denmark.

“Saya harap persatuan mahupun FEI menyemak semula ke­ada­an ini dan memberi kelonggaran kepada saya. Apa pun saya tidak berputus asa dan cuba untuk melakukan terbaik serta mencari jalan untuk ke Tokyo kelak,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin, Presiden Persatuan Ekuestrian Malaysia (EAM), Syed Omar Syed Abu Bakar AlMohdzar mengucapkan tahniah kepada Qabil selepas terpilih untuk membawa cabaran negara sekali gus muncul selaku atlet ekuestrian pertama ke Sukan Olimpik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI