fbpx

MCMC wujudkan platform tunggal PUDO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan beberapa inisiatif dalam usahanya untuk mempertingkatkan Pusat Pungutan dan Serahan (PUDO) di seluruh negara.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, menerusi pengumuman di bawah Pakej Accelerator Kurier Negara (PAKEJ), ia akan memberi tumpuan kepada pengenalan lebih banyak PUDO bebas, perkongsian aset antara syarikat kurier.

Katanya, MCMC juga kini sedang mewujudkan sebuah platform tunggal untuk titik serahan setempat PUDO yang akan dianggotai oleh pelbagai pemain industri.

“Pada masa sama, MCMC sedang meneroka potensi Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk dijadikan sebagai titik serahan setempat PUDO di bawah inisiatif PUDO@PIK untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar.

“Perancangan sedang berjalan bagi mendapatkan sokongan daripada pihak pemegang taruh dan mewujudkan satu peluang ekonomi kepada kedai-kedai runcit untuk menyertai rangkaian titik serahan setempat PUDO,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI