fbpx

Levi pelbagai peringkat pekerja asing dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan.

PUTRAJAYA – Pelaksanaan levi pelbagai peringkat bagi penggajian pekerja warga asing dilanjutkan lagi sehingga 1 Januari tahun depan.

Perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 2 Jun lalu selepas mengambil kira impak pandemik Covid-19 terhadap majikan di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kerajaan amat prihatin dengan cabaran negara pada masa kini dalam menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi susulan daripada pandemik Covid-19 yang masih belum dapat diatasi sepenuhnya.

Beliau berkata, sebelum ini, levi pelbagai peringkat itu telah ditangguhkan pelaksanaannya dari 1 Januari lalu hingga 1 Julai ini.

“Saya turut memaklumkan ahli mesyuarat mengenai mekanisme pelaksanaan levi pelbagai peringkat di mana penggajian pekerja warga asing adalah berdasarkan keperluan sebenar industri.

“Levi pelbagai peringkat dijangka dapat mengurangkan kebergantungan tinggi negara kepada pekerja warga asing kerana kadar levi akan meningkat mengikut siling kebergantungan,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pihaknya akan menggunakan modul eQuota di bawah Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) bagi melaksanakan levi itu kelak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI