fbpx

Kumpul wang belanja rokok 8.5 juta rupiah dalam 3 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut berjaya mengumpul wang berjumlah 8.5 juta rupiah (RM2,456) dalam tempoh tiga bulan dia berhenti merokok. - Tiktok @christinacahkediri/Suara.com

JAKARTA – Seorang wanita bertekad untuk berhenti merokok dengan cara menabung wang belanja rokok sehingga mencecah 8.5 juta rupiah (RM2,456) dalam tempoh tiga bulan, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, wanita yang menggunakan akaun @christinacahkediri itu berkongsi pengalamannya yang cuba berhenti merokok.

Menurutnya, dia menyimpan wang kertas berdenominasi 20,000 rupiah (RM5.78) secara rutin. Wang tersebut, sering digunakan olehnya untuk membeli rokok.

Setiap kali dia berasa seperti ingin membeli rokok, dia mengambil wang kertas dengan denominasi tersebut untuk disimpan di dalam sebuah  tabung.

“Wang tidak merokok selama tiga bulan.

“Alhamdulillah, banyak yang sudah dikumpul. Boleh buat belanja kahwin kalau sudah bertemu jodoh,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Setakat ini, video tersebut menerima lebih 139,000 tanda suka dan beribu-ribu komen netizen.

“Saya baru menyimpan 2,000 rupiah (RM0.58 sen), baru 10 keping wang tunai dan saya sudah membelanjakannya. Apatah lagi nak menyimpan sebanyak 20,000 rupiah (RM5.78) setiap kali,” tulis seorang netizen. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI