fbpx

Jari cedera tersepit mesin pengisar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan jari pekerja wanita yang tersepit dalam kejadian di sebuah kilang memproses makanan di Pelabuhan Lumut hari ini.

MANJUNG – Seorang pekerja kilang memproses makanan yang terletak di Pelabuhan Lumut dekat sini cedera pada jari manis tangan kiri akibat tersepit dalam mesin pengisar semasa bekerja di premis itu hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu berlaku semasa wanita itu sedang menjalankan kerja-kerja mengisar daging ayam sebelum jarinya tersekat pada mesin berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.15 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Menurut kenyataan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setiawan diketuai PBK II Johari Tomin dihantar untuk membantu mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.

“Bomba menggunakan peralatan khas dan berjaya mengeluarkan jari mangsa yang tersepit.

“Wanita itu yang kelihatan lemah kerana menahan sakit kemudian diserahkan kepada petugas perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI